Translate

Isnin, 27 Mei 2013

..PERKESO..OH PERKESO..



Sempena dengan hari pekerja yang disambut setiap 1hb mei, saya ingin membawa sejenak pemikiran dan pengetahuan anda mengenai Perkeso. Namun sebelum itu, baik kiranya saya titipkan sejenak fakta berkaitan dengan sambutan hari pekerja. Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja. Signifikannya sambutan hari buruh dengan isu PERKESO ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan info kepada insan yang bergelar sebagai pekerja bahawa majikan perlu mencarum sejumlah kecil amaun daripada pendapatan untuk tujuan perlindungan keselamatn social kepada diri meraka dan juga waris.


Di bawah ini menerangkan berkaitan PERKESO yang perlu diketahui oleh pencarum :



Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)



Pertubuhan Keselamatan Sosial memberi perlindungan keselamatan sosial melalui insurans sosial termasuk faedah perubatan dan wang, bekalan peralatan prostetik dan pemulihan bagi pekerja untuk mengurangkan penderitaan dan memberi jaminan dan perlindungan kewangan kepada keluarga pekerja. Badan ini ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial, Malaysia.



PERKESO merupakan suatu organisasi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mentadbir, menguatkuasakan dan melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP) dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.



PERKESO ialah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial.



1. Caruman wajib



a. Seseorang pekerja yang bekerja di bawah kontrak 
    perkhidmatan atau kontrak perantisan dan berpendapatan   
    bulanan RM3,000 ke bawah mesti mendaftar dan mencarum 
    kepada PERKESO tanpa mengira status pekerjaan sama ada 
    tetap, sementara atau sambilan dan tanpa mengira usia 
    pekerja (Jadual Pertama, AKSP).



b. PERKESO hanya meliputi pekerja dan penduduk tetap  

    Malaysia sahaja. Akibat dari itu, pekerja asing dilindungi di    
    bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.


c. PERKESO tidak meliputi kategori orang-orang berikut:


 
i.    Orang yang berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan dan 
      tidak pernah dilindungi sebelum itu.

ii.   Kakitangan kerajaan.
iii.  Orang gaji yang diambil untuk bekerja di rumah kediaman 
       persendirian termasuk tukang masak, pekebun, pembantu   
       rumah, pengawal, tukang cuci dan pemandu.
iv.   Pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun, bagi tujuan 
       keilatan, akan tetapi jika mereka terus bekerja mereka   
       harus dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja.
v.    Orang yang bekerja sendiri.
vi.   Pekerja asing.


d. Bagi pekerja yang berpendapatan melebihi RM3,000  
    sebulan, jika mereka pernah didaftarkan dengan PERKESO, 
    mereka perlu terus membuat caruman. Jika mereka belum   
    didaftarkan, mereka boleh memilih untuk mencarum.



2. Kadar Caruman



a. Di bawah Skim Insurans Bencana Kerja dan Skim Pencen 
    Ilat, bayaran caruman oleh majikan adalah 1.75% daripada 
    gaji pekerja sementara bagi perlindungan di bawah Skim 
    Pencen Ilat sahaja, caruman pekerja adalah 0.5% daripada  
    gaji pekerja.


b. Bagi tujuan caruman PERKESO, gaji ditakrifkan dalam 
    seksyen 2(24) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai   
    juga merangkumi semua saraan yang kena dibayar dengan 
    wang oleh majikan kepada pekerja termasuk apa-apa 
    bayaran berhubung dengan cuti, cuti umum, lebih masa dan 
    kerja berlebihan semasa cuti, tetapi tidak termasuk:



· caruman yang dibayar oleh majikan kepada mana-mana 
  kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan;

· elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan;
· perbelanjaan istimewa yang ditelan atas sebab pekerjaan;
· bonus tahunan.


3. Faedah PERKESO diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu 
    Skim Pencen Ilat dan Skim Insurans Bencana Kerja



a. Skim Pencen Ilat

    Skim Pencen ini memberi perlindungan kepada pekerja jika 
    berlaku ilat dan kematian atas sebab yang tidak berkaitan 
    dengan pekerjaan sebelum umur 55 tahun (Seksyen 17(1)  
   AKSP). Ia memberi faedah berikut:


i.   Pencen ilat

ii.  Geran ilat
iii. Pencen penakat
iv. Pemulihan
v.  Faedah kebumian.


b. Skim Insurans Bencana Kerja

    Skim ini memberi perlindungan untuk kemalangan yang 
    berlaku semasa perjalanan (Seksyen 24(1) AKSP). Ia 
    memberi faedah berikut:


i.    Penyakit khidmat

ii.   Faedah perubatan
iii.  Faedah hilang upaya sementara
iv.   Faedah hilang upaya kekal
v.    Elaun layanan sentiasa
vi.   Faedah kebumian
vii.  Faedah pemulihan
viii. Faedah orang tanggungan


c. Faedah kepada seorang yang berinsurans atau orang 
    tanggungan (Seksyen 15 AKSP):



i.   Bayaran berkala dalam kes ilat

ii.  Bayaran berkala dalam kes hilang upaya atas sebab 
     bencana kerja.
iii. Bayaran berkala kepada orang tanggungan kepada orang  
      berinsurans yang meninggal dunia atas sebab bencana 
      kerja
iv.  Bayaran faedah atau kos kebumian atas kematian orang 
      berinsurans atas sebab bencana kerja
v.   Bayaran berkala kepada orang berinsurans yang menerima 
      pencen ilat aau faedah hilang upaya dan lumpuh atau hilang 
      upaya dengan parah hinggamemerlukan layanan   
      persendirian daripada orang lain
vi.  Rawatan perubatan bagi layanan orang berinsurans yang 
      mengalami hilang upaya
vii. Bayaran berkala kepada orang tanggungan kepada orang 
      berinsurans yang meninggal dunia semasa menerima 
      pencen ilat.


Implikasi Utama

   Jadual pendaftaran penuh boleh dirujuk di laman web 
   PERKESO


Bidang Utama                                           Implikasi

Kelayakan untuk Caruman         • Wajib untuk pekerja dengan                             (Jadual Pertama AKSP)                 gaji RM3000 ke bawah.
                                                       • Pekerja dengan gaji melebihi             
                                                          RM3,000 dan tidak pernah 
                                                          mendaftar sebelumnya, boleh 
                                                          memilih untuk mencarum     
                                                       • Tidak meliputi pekerja asing


Kadar caruman                           • Majikan 1.75% gaji pekerja

                                                      • Pekerja 0.5% daripada gaji


Perlindungan                                • Skim Pencen Ilat Pekerja

PERKESO (Seksyen 17 & 24)    • Skim Insurans Bencana Kerja



Penalti                                          • Kesalahan dalam pendaftaran

(Seksyen 7&Peraturan Am 33)    pendaftaran atau bayaran – 
                                                        didenda sehingga RM 10,000
                                                        atau 2 tahun penjara atau  
                                                        kedua-duanya
                                                      • Kesalahan bayaran lewat -6%  
                                                         setahun bagi setiap hari 
                                                         kelewatan atau keingkaran      
                                                         bayaran



Setakat ini sahaja info berkaitan dengan PERKESO, sebab kalau nak diceritakan semua pasti 3 hari 3 malam tidak akan selesai. Untuk memperolehi maklumat lanjut, boleh lunsuri laman sesawang www.perkeso.gov.my akhir kata daripada saya, selamat menyambut hari buruh untuk anda semua.....

Tiada ulasan: