BR1M DI HATI RAKYAT MALAYSIA
BR1M adalah akronim untuk (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang telah
diperkenalkan oleh kerajaan malaysia pada tahun 2012. Pengumuman pemberian
bantuan tersebut oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak
sedikit sebanyak telah memberikan sinar kegembiraan buat seluruh rakyat
malaysia terutamanya kepada golongan yang layak menerimanya. Sebenarnya BR1M adalah satu mekanisme yang digunapakai yang mana
ianya adalah sebahagian dari agenda Transformasi Ekonomi Negara (ETP). Melalui
mekanisme ini, setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan melalui BR1M akan
memberikan kesan berganda melalui rantaian ekonomi. RM500 yang diberikan kepada
rakyat berpendapatan rendah, akan dibelanjakan untuk keperluan asas yang
diperlukan.
sekadar gambar hiasan |
Mengikut syarat dan kriteria yang perlu dipatuhi oleh pemohon
adalah pendapatan isu rumah yang tidak melebihi RM3000 untuk sebulan. Selain
daripada itu juga jumlah tanggungan isi rumah juga melengkapkan syarat
permohonan ini. Walaupun bantuan kewangan sebanyak RM500 ini dianggap rendah
bagi sesetengan masyarakat, namun bagi keluarga atau isu rumah yang kurang
berkemampuan jumlah tersebut adalah besar ertinya bagi mereka. Dengan duit tersebut,
mereka mampu untuk untuk membayar bil utiliti seperti air, elektrik dan juga
utiliti yang lain selain digunakan untuk membeli pelbagai kelengkapan dan juga
makanan yang di perlukan oleh mereka. Jika
dibelanjakan untuk keperluan makanan, maka ianya akan memangkin pertumbuhan
industri makanan dan rantaiannya. Begitu juga, jika dibelanjakan untuk
keperluan pengangkutan, pakaian, kediaman dan sebagainya. Semua ini akan
merangsang ekonomi negara. Negara China mempunyai penduduk paling ramai di
dunia. Bila rakyat mereka berbelanja, ianya sudah cukup untuk memberikan kesan
yang kuat kepada ekonomi negara tersebut. Ini menyebabkan ekonomi China begitu
kukuh hingga kurang terkesan dengan krisis ekonomi dunia.
Itu adalah cerita asas mengenai BR1M, namun apa yang ingin saya
kongsikan pendapat di sini adalah mengenai BR1M 2. Secara peribadi saya amat
bersyukur dengan kerajaan pemerintah yang ada sekarang. Ini kerana mereka lebih
fokus dan melihat aspek taraf hidup yang semakin meningkat saban tahun.
Golongan yang kurang berkemampuan sama sekali tidak diabaikan. Perlaksanaan
pemberian BR1M 2 sememangnya tepat pada waktunya. Pelbagai cara penambahbaikan
telah dijalankan oleh pihak berkenaan dengan mengambil kira setiap aspek
termasuklah ketelusan dalam membuat penilaian terhadap pemohon. Melalui
maklumat yang saya perolehi, badan berkanun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilantik sebagai badan yang
mengendalikan urusan sistem permohonan dan penentuan berkaitan aspek
kelayakan yang menepati kriteria adalah dinilai oleh tujuh organisasi yang
lain. Pengagihan BR1M 2 kali ini dilihat amat lancar dan diyakini mampu
memberikan kepuasan layanan kepada pemohon yang berurusan khususnya di kaunter semakan
permohonan. Namun demikian, diteliti dari aspek yang lain adalah tidak wajar seandainya tuntuan baucar
tersebut dituntut di pejabat Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setiap
kawasan. Keadaan ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana bantuan ini jika dilihat
secara mendalam lebih kerapada bersifat politik. Ya memang benar kerajaan yang
memerintah negara Malaysia adalah dari parti Barisan Nasional, namun adakah
wajar tuntutan hak rakyat seperti ini dimanipulasikan atas berkepentingan politik
semata. Walaupun ianya dilihat hanya sekadar bantuan biasa, namun ini merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Seharusnya
penyerahan baucar tersebut perlulah disalurkan secara telus (bukan cara penyaluran yang tidak sesuai namun tempat dan kaedah yang digunapakai adalah tidak relevan) yang mana tidak
menyentuh sensitiviti politik semata kerana ianya adalah salah satu tuntutan
tanggungjawab.
Besarlah harapan saya, agar cara pengagihan ini
lebih tersusun dan aspek yang boleh menimbulkan provokasi atau istilah "cakap-cakap belakang" tidak harus dipandang
enteng oleh kerajaan persekutuan. Sesungguhnya memang benar "Matlamat sememangnya tidak pernah untuk menghalalkan cara.." Mungkin luahan saya ini kecil di mata mereka, kerana saya hanyalah daki-daki kotoran yang hanya mengotorkan badan dan bisa dibuang dengan menggosakkannya hanya dengan sebelah tangan, namun bagaimana pula dengan suara rakyat. Bukankah rakyat memiliki kuasa untuk
menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara yang mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen. Biarlah sesuatu pemberian tersebut mengikut saluran yang
diperakui dengan sejujurnya dan tidak menimbulkan sebarang andaian negatif kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan